Start Now

Discover UnderWater World

Contrary to popular belief, Lorem Ipsum is not simply random text. It has roots in a piece of classical Latin literature from 45 BC, making it over 2000 years old.

Read More
Program Dealer · MAA Orodesign

Simpan & Niaga Emas Harga Kilang
bersama MAA Orodesign.

MAA Precious Metals ialah kilang emas milik penuh bumiputera yang mengeluarkan gold bar, dinar, syiling emas dan barang kemas bertaraf antarabangsa. Orodesign pula ialah program bimbingan khas untuk melahirkan lebih ramai usahawan emas yang celik ilmu dan konsisten tambah gram simpanan sendiri.

Yuran seumur hidup (mengikut promosi semasa) – lengkap modul, support dan bimbingan dealer.
Latar Belakang

MAA Precious Metals & Program Orodesign

Kenali siapa di sebalik jenama MAA dan kenapa Orodesign diwujudkan khas untuk bantu lebih ramai orang simpan dan berniaga emas dengan cara yang lebih tersusun.

MAA Precious Metals Sdn Bhd

MAA ialah kilang emas milik penuh bumiputera yang beroperasi di Pulau Pinang dan Kedah. Fokus utama MAA ialah pengeluaran:

• Gold bar pelbagai saiz
• Dinar emas
• Syiling emas
• Barang kemas moden dan klasik

Produk emas MAA dihasilkan mengikut standard antarabangsa (LBMA) dan diuji oleh assayer bertauliah, FEDMAS untuk memastikan ketulenan dan kualiti sentiasa terjaga.
Standard LBMA Assayer FEDMAS Bumiputera Owned Gold Bar · Dinar · Syiling

Apa itu Orodesign?

Orodesign ialah program di bawah MAA Precious Metals yang diwujudkan untuk:

• Melahirkan seramai mungkin individu yang celik emas
• Bantu orang ramai mula simpan emas fizikal secara patuh syariah
• Latih dealer bina pendapatan aktif & pasif melalui emas

Dealer Orodesign bukan sekadar “dropship emas”, tetapi dibimbing supaya faham:
✔ Ilmu simpan emas
✔ Ilmu berniaga emas
✔ Ilmu mengurus emas (Ar-Rahnu, overlap, emergency plan)
Mindset Simpanan

Kenapa Perlu Simpan Emas Berbanding Simpan Duit?

Ramai orang sudah ada tabiat “menyimpan”, tetapi majoriti simpan dalam bentuk duit semata-mata. Masalahnya, duit mudah bocor dan mudah dimakan inflasi. Emas pula lebih sesuai sebagai penyimpan nilai jangka panjang.

Masalah Bila Simpan Duit Semata-mata

Mudah bocor – Duit dalam akaun atau dompet senang “hilang” sedikit demi sedikit untuk belanja harian, Shopee, grabfood dan lain-lain.

Dimakan inflasi – Harga barang naik, nilai RM10 hari ini tak sama dengan RM10 lima tahun akan datang. Kuasa belinya makin lemah.

Tak rasa sayang nak keluarkan – Bila nampak angka dalam akaun, kita rasa biasa untuk swipe kad atau transfer.

Susah nak beza simpanan & perbelanjaan – Akaun yang sama digunakan untuk gaji, belanja dan simpanan. Akhirnya, simpanan sentiasa “terambil”.

Kelebihan Simpan Emas Fizikal

Sukar bocor – Emas berbentuk fizikal. Nak jual balik kena pergi kedai / dealer / Ar-Rahnu. Proses ini membuatkan kita fikir dua tiga kali sebelum guna.

Lindung nilai inflasi – Dalam jangka masa panjang, nilai emas cenderung naik seiring dan melebihi kenaikan kos sara hidup. Ia bantu kekalkan purchasing power simpanan.

Rasa sayang nak lepaskan – Ramai orang secara psikologi lebih sayang lepaskan emas berbanding lepaskan duit. Ini bagus untuk tabung jangka panjang.

Mudah dicairkan bila perlu – Ketika betul-betul emergency, emas boleh dicairkan melalui jualan atau Ar-Rahnu. Simpan dulu dalam bentuk emas, baru tukar kepada duit bila perlu.

Ringkasnya: Duit Untuk Belanja, Emas Untuk Simpan Nilai

Duit tetap diperlukan untuk keperluan harian. Tetapi untuk simpanan jangka sederhana dan panjang, emas lebih sesuai. Sebab itu dealer Orodesign sentiasa tekankan:

“Tukar sebahagian simpanan duit kepada simpanan emas, sedikit demi sedikit.”

Rekod Harga

Trend Harga Emas Sepanjang 5 Tahun

Data ini menunjukkan pergerakan harga emas dalam tempoh 5 tahun kebelakangan sebagai rujukan simpanan jangka sederhana hingga panjang.

*Graf ini menunjukkan purata harga emas di Malaysia dalam tempoh 5 tahun kebelakangan berdasarkan rekod pasaran tempatan dan rujukan industri. Kenaikan dan penurunan jangka pendek adalah normal. Emas digunakan sebagai simpanan nilai dalam jangka masa sederhana hingga panjang. Prestasi lampau tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Kenapa MAA Menjadi Pilihan

Kilang Emas, Bukan Sekadar Kedai Emas

Sebagai dealer Orodesign, anda terus berurusan dengan kilang emas. Itu membuka banyak kelebihan yang biasanya pelanggan hanya dapat melalui orang tengah.

1
Harga Kilang & Spread Rendah
Emas ditawarkan pada harga kilang dengan spread yang lebih rendah berbanding kebanyakan kedai emas runcit. Ini bantu pelanggan cepat nampak keuntungan bila harga naik.
2
Standard LBMA & Assayer FEDMAS
Produk emas MAA menepati standard antarabangsa (LBMA) dan diuji oleh assayer bertauliah FEDMAS. Keyakinan pelanggan meningkat bila kualiti & ketulenan jelas.
3
Mesra Ar-Rahnu & Mudah Dicairkan
Emas fizikal mudah dicagar di Ar-Rahnu dan mudah ditukar kepada tunai ketika kecemasan. Ini penting untuk pelanggan yang mahu “simpan sambil sedia kecemasan”.
4
Program Bimbingan Dealer Lengkap
Dealer dibimbing melalui modul tersusun: Pengenalan, Kedai Emas Ku, Rahsia Emas Terpakai, Dealer Get Dealer, Aku Tauke Emas & modul khas Teknik Fungsikan Emas.
5
Branding Kukuh & Materi Marketing
Dealer dibantu dengan poster, skrip live, infografik, dan bahan promosi yang selari dengan jenama “Emas Harga Kilang”, memudahkan proses close.
6
Pendapatan Boleh Diwariskan*
Struktur dealer dan jaringan pelanggan yang dibina boleh diteruskan dan diwariskan – satu bentuk legasi untuk keluarga, insya-Allah.
ANTARA SEBAB MENJADI PILIHAN

Kenapa MESTI PILIH MAA..?

Antara sebab ramai yang memilih MAA.. Mungkin untuk anda juga..

Masalah & Solusi

Apa Ramai Orang Hadapi & Bagaimana Orodesign Bantu

Ramai sebenarnya nak simpan emas, tapi tersekat dengan beberapa isu biasa. Program Orodesign dibina khas untuk selesaikan masalah-masalah ini.

Masalah Biasa

  • Tak tahu beza emas pelaburan, emas barang kemas & emas terpakai.
  • Tertipu beli emas mahal, spread tinggi, susah nak untung.
  • Tak ada guru atau tempat rujuk bila nak guna Ar-Rahnu / overlap.
  • Tak tahu macam mana nak mula berniaga emas sambil kerja tetap.
  • Tak disiplin simpan emas setiap bulan, asyik “bocor” pada benda lain.

Solusi Melalui Orodesign

  • Modul khusus menerangkan jenis-jenis emas & strategi yang sesuai.
  • Akses harga kilang dengan spread yang lebih rendah berbanding runcit.
  • Bimbingan cara guna Ar-Rahnu secara selamat & patuh syariah.
  • Template skrip, poster & cara close pelanggan secara online.
  • Konsep simpan emas dahulu, baru belanja – bina tabung kecemasan dalam bentuk emas fizikal.
Testimoni Dealer

Mereka Bermula Dengan Simpan Emas

Bukan cerita jutawan. Ini cerita orang biasa yang konsisten simpan emas sedikit demi sedikit bersama MAA Orodesign.

Testimoni Dealer Simpan Emas
Pelbagai rupa yang menepati citarasa.. Yang pasti, harga lebih rendah berbanding pasaran..

Jom jadi dealer hari ini..

Testimoni Dealer Simpan Emas
Beli emas, dapat emas itu biasa.. Dapat emas secara PERCUMA, itu luar biasa.. Itu antara keistimewaan sebagai dealer..

Jom jadi dealer hari ini..

Testimoni Dealer Simpan Emas
Hanya sekitar 2 tahun, keuntungan lebih 100%..!!!

Jom jadi dealer hari ini..

Testimoni Dealer Simpan Emas
Emas yang sama, berat yang sama.. Keuntungan lebih RM6000 dalam 4 tahun..!!!

Jom jadi dealer hari ini..

Testimoni Dealer Simpan Emas
Buat ar-rahnu + ilmu, tak perlu keluar duit untuk upah simpan dan tebus..

Jom jadi dealer hari ini..

Testimoni Dealer Simpan Emas
Dengan ilmu, emas di ar-rahnu kembali ke tangan, dan dapat duit lebihan..

Jom jadi dealer hari ini..

Testimoni Dealer Simpan Emas
Boleh tebus emas di ar-rahnu tanpa keluar duit.. Asbab ilmu fungsikan emas..

Jom jadi dealer hari ini..

Testimoni Dealer Simpan Emas
Motor dapat, emas masih di tangan..

Jom jadi dealer hari ini..

Tawaran Semasa

Promo Bulanan Dealer MAA Orodesign

Tawaran terhad untuk mereka yang bersedia mula simpan emas dan bina bisnes bersama MAA.

Promo Bulanan Dealer MAA Orodesign
Faedah Dealer Orodesign

Apa Dealer Dapat Bila Sertai Orodesign?

Program ini direka supaya dealer bukan sahaja boleh menjual emas, tetapi dalam masa yang sama membina simpanan sendiri dan rangkaian bisnes jangka panjang.

A
Akses Harga Kilang
Dealer beli emas pada harga lebih rendah berbanding harga runcit biasa. Setiap gram yang disimpan sudah pun ada “keuntungan tersembunyi”.
B
Komisen & Untung Jualan
Untung datang dari perbezaan harga kilang dengan harga jualan kepada pelanggan. Ditambah pula dengan komisen tertentu mengikut kempen atau pakej semasa.
C
Dealer Get Dealer
Bina rangkaian dealer di bawah anda. Bila mereka aktif, anda turut menikmati limpahan pendapatan dan jaringan pelanggan yang lebih luas.
D
Support & Komuniti
Tak berjalan sorang-sorang. Dealer berkumpul dalam komuniti, coaching, kelas online/offline, skrip live dan sharing real-case pelanggan.
Langkah Mudah

Cara Untuk Jadi Dealer Orodesign

Proses pendaftaran ringkas, boleh dibuat secara online. Ikut langkah di bawah.

Langkah 1
Daftar & Bayar Yuran Sekali Sahaja
Isi borang pendaftaran dealer dan jelaskan yuran seumur hidup (contoh: RM299, tertakluk promosi semasa). Maklumat seperti nama penuh, IC, alamat dan emel diperlukan untuk tujuan invois & pengeposan emas.
Langkah 2
Akaun & Akses Dealer Diaktifkan
Selepas pengesahan bayaran, akaun dealer akan diaktifkan. Anda mendapat akses kepada harga dealer, group support dan bahan marketing asas.
Langkah 3
Ikut Modul Bimbingan
Ikuti modul-modul seperti Pengenalan, Kedai Emas Ku, Rahsia Emas Terpakai, Dealer Get Dealer, Aku Tauke Emas serta Teknik Fungsikan Emas. Di sini anda belajar cara simpan dan berniaga emas secara praktikal.
Langkah 4
Mula Jual, Mula Simpan, Mula Bina Rangkaian
Selepas faham asas, anda boleh mula kumpul pelanggan, jalankan sesi live, close melalui WhatsApp dan mengajak orang sekeliling jadi dealer bawah bimbingan anda.
Saya Nak Jadi Dealer Orodesign
Bandingan Harga

Harga Pasaran vs Harga Kilang MAA

Angka sebenar berubah mengikut hari, tetapi konsepnya mudah: semakin rendah harga belian & spread, semakin cepat pelanggan nampak keuntungan.

Perkara Kedai Emas Biasa Dealer MAA Orodesign
Sumber emas Selalunya beli dari pemborong / kilang lain. Terus dari kilang emas MAA.
Harga belian Harga runcit + margin kedai. Harga kilang yang lebih rendah.
Spread (beza harga beli & jual) Biasanya lebih tinggi, lambat nampak untung. Spread lebih rendah, lebih cepat nampak keuntungan.
Peluang jana pendapatan Terhad kepada pemilik kedai sahaja. Dealer boleh jana untung jualan & jaringan dealer get dealer.
Ilmu & bimbingan Ikut nasib, bergantung pada staf kedai. Modul tersusun + komuniti aktif bantu anda berkembang.

* Jadual ini untuk kefahaman konsep. Dealer akan sentiasa diberi maklumat terkini tentang harga, spread & promosi semasa MAA.

Soalan Lazim

FAQ – Dealer MAA Orodesign

Beberapa soalan lazim yang sering ditanya sebelum seseorang buat keputusan untuk mula simpan dan berniaga emas bersama MAA.

1. Berapa yuran pendaftaran dealer?
Yuran pendaftaran adalah sekali seumur hidup. Jumlah tepat bergantung kepada promosi semasa. Sila rujuk pengumuman terkini pihak MAA atau leader anda.
2. Adakah saya wajib beli emas setiap bulan?
Tiada paksaan jumlah tertentu, tetapi sangat digalakkan untuk disiplin beli dan simpan emas secara konsisten walaupun sedikit, supaya anda sendiri rasa kesan simpanan emas jangka panjang.
3. Emas MAA boleh digadai di Ar-Rahnu?
Emas MAA ialah emas fizikal yang mesra Ar-Rahnu, tertakluk kepada polisi setiap institusi Ar-Rahnu. Dealer akan diterangkan cara guna Ar-Rahnu secara bijak dan tidak membebankan.
4. Saya tiada pengalaman berniaga, boleh jadi dealer?
Boleh. Modul Orodesign disusun dari asas sehingga lanjutan. Anda akan dibimbing tentang cara terangkan manfaat emas, bina kepercayaan, dan tutup jualan secara online & offline.
5. Apa beza simpan emas fizikal dan emas digital / akaun?
Emas fizikal berada di tangan anda – boleh dipajak, diwariskan, dipindah milik dan dipegang sendiri. Dealer juga boleh gunakan stok emas fizikal untuk marketing dan sesi bersemuka dengan pelanggan.
6. Bagaimana nak mula daftar?
Tekan butang “Daftar Dealer” di laman ini atau hubungi introducer / leader Orodesign anda. Anda akan dibantu isi borang, buat bayaran yuran dan disambungkan ke group bimbingan dealer.

Sedia Mula Simpan & Niaga Emas Harga Kilang?

Jika anda rasa sudah sampai masa tukar cara simpan duit kepada simpan emas, dan pada masa yang sama mahu bina bisnes yang boleh diwariskan, inilah masa yang sesuai untuk sertai MAA Orodesign.

Saya Berminat Jadi Dealer
Penafian
Maklumat yang dikongsikan di laman ini adalah untuk tujuan pendidikan, penerangan dan promosi sahaja. Harga emas, pulangan dan hasil simpanan boleh berubah mengikut keadaan pasaran.

Laman web emaskilang.my bukan laman web rasmi MAA Precious Metals Sdn Bhd atau Orodesign. Laman ini dimiliki dan diuruskan oleh salah seorang dealer MAA Orodesign, dan diwujudkan khusus bagi tujuan pengiklanan, perkongsian maklumat serta promosi program dealer.

Keputusan untuk menyimpan atau berniaga emas adalah bergantung kepada pertimbangan individu. Pihak MAA Orodesign tidak menjanjikan pulangan tetap atau keuntungan tertentu. Sila buat pertimbangan sendiri sebelum membuat sebarang keputusan kewangan.